Wednesday 26 October 2011

Alhamdulillah

Alhamdulillah hari ini dah kurang sakit dari semalam, sakit kepala pun dah kurang dan beransur pulih. Thanks to kawan-kawan yang take care saya haha.. Saya sudah sihat dan boleh kembali berkerja seperti biasa. To someone thanks sebab sudi ambil berat dan sanggup datang nak melawat saya menghargai sangat-sangat. Nanti kita boleh hangout karaoke dengan tengok wayang sama-sama lagi.. lupa pulak buat orang tu thanks sangat-sangat sebab belanja makan malam tu buat susah-susah je saya yang ajak awak keluar patutnya saya yang belanja awak. Tapi memang seronok sangat-sangat sebab dah lama tak jumpa. Urmm lepas ni saya akan jarang on9 dan update blog sebab saya kena fokus dengan kerja.. Terima kasih kepada mereka yang follow blog saya yang tak seberapa ni.

Sunday 28 August 2011

Selamat Tinggal Ramadhan Yang Mulia

 Hurmm sedar tak sedar tinggal 2hari lagi je nak raya..waahh esok dah malam raya. Dan aku pasti akan merindukan suasana ramadhan yang mulia ni haha. Urmm umur makin lama makin meningkat dewasa dan aku tak ada rasa pun nak raya. Raya kali ni tak banyak shopping, aku beli baju melayu dengan songkok. Cukuplah syarat buat aku. Sebab bagi aku raya kali ni macam tak bermakna je, tak happy langsung. Kepada semua yang mengenali diri ini, aku nak mintak beribu-ribu ampun dan maaf sekiranya aku pernah melakukan kesilapan, terkasar bahasa, tersilap bahasa andai korang tak berpuas hati dengan aku, aku mintak maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki. Halalkan makan minum sekiranya ada. SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF, ZAHIR & BATIN..

Tuesday 31 May 2011

Chinta

CHiNTA
Kau hadir bila tiba waktunya
Tidak diundang tak jua di pinta
Walau ku lari namun kau tetap datang jua
Keranamu chinta tak mampu menahannya
Aku terus mencuba untuk lari dari chenta
Kerana perit terasa sengsara tanpa kata kerana dusta

Chinta kau luhurkan hati ini membuat segalanya indah
Walau sesekali menjengah tiba
Oh chinta terasa bahagia
Hanya menunggu saat dan tika

Aku akan terus melangkah walau tak perlu owh chinta
Aku yakin akan agungnya setianya ceritera yang tiada akhirnya

Chinta abadi chinta
Chinta padanya
Chinta satu
Chinta selamanya

Wednesday 30 March 2011

Excident

 Urmm hari ni bukanlah nak cakap bernasib malang. Aku excident buat kali kedua walaupun tak teruk mana, tapi ia telah menyebabkan tulang bahu kiri aku patah.. Time excident tu aku dah tak fikir apa-apa dah. Dengan tempat gelap selekoh tajam aku cepat-cepat angkat motor yang dah terbalik dengan tulang bahu aku patah, aku kuat kan semangat untuk bawak motor tu. Tapi nasib baik motor aku tak ada apa-apa. Aku terus pergi hospital. Kepala dah tak fikir apa-apa dah. Lama jugak aku kat hospital tu lepas je buat xray. Dr cakap tulang bahu aku patah, so tak boleh buat apa-apa. Dr cuma pesan jangan bagi urut takut tulang tu lari. Tapi aku tanya ramai pendapat yang sarankan aku urut, tapi aku takut. Dr bagi aku MC 1bulan dan aku kerja je macam biasa. Degilkan aku Dr dah bagi rehat yang aku nak kerja jugak. Urmm takpe lah cari rezeki punya pasal haha.

It's my personal

 Assalammualaikum

Bagi penggemar blogger ini adalah kali pertama saya menggunakan blog untuk share kisah suka, duka saya sebagai manusia di muka bumi Allah ini. Hurmm saya Helmi Abdul Halim berumur 20 tahun. Dilahirkan pada tanggal 29 september berasal dari Batu Pahat Johor. Anak kepada Abdul Halim Bin Abdul Hamid serta Melor Binti Sudin seorang yang suka berkawan dengan sesiapa, manja.. nakal haha seorang yang kuat makan. Menyanyi menjadi rutin harian saya.. Walaupun orang bilang suara saya tak sedap~~.. ok kepada mereka jangan lupa untuk follow up blogger saya yang tak seberapa ni ok.. take care..