Thursday 26 January 2012

Bukankah Aku?

'' Hancur hatiku, hatiku ini. Meskipun tiada pun yang tahu. Aku berdoa, aku kan cuba. Meskipun tak lagi percaya. Namun ku masih tetap mencuba. Hampa hati yang ada dilangkah kaki, namun tetap ku menanti.. Bukankah aku yang kau menyatakan cinta, bukan diriku yang kau janjikan semua, luluh hatiku menantikanmu, menantikan jawabmu.. Meskipun engkau bukan seperti yang dulu, namun ku tetap disini menantikanmu. Sampai hatimu, tinggalkan aku.. Namun cintaku tetap, hanya untukmu.. "

Tuesday 24 January 2012

3days..i mishhew..

 Hurmm 3 hari tanpa dia disisi, sukacita dimaklumkan bahawa saya rindu yang teramat sangat dekat awak. Hanya beberapa saat sahaja awak terus hilang dari pandangan saya. Untuk hari ketiga tanpa awak disisi saya, saya jadi resah gelisah, risau dekat awak. Entahlah.. saya tak tahu kemana awak menghilang. Awak senyapkan diri awak dari saya, sms saya awak tak reply. Nak call awak saya takut awak buzy, nak sedapkan hati mungkin awak tiada kredit, mungkin awak buzy dengan family. Seriously saya rindu dekat awak sangat-sangat. Kawan awak dah story everything pasal malam tu. Maafkan saya sebab buat awak menangis. Saya jadi serbasalah pada awak, saya tahu awak masih tak boleh terima apa yang exboy awak buat dekat awak. Sorry..

Saya rindu awak, saya sunyi tanpa awak.. bila awak hadir dalam hidup saya, awak banyak ubah jalan hidup saya. Saya hanya nak jadi yang terbaik untuk awak..

Monday 23 January 2012

Juliet Mungkin Saya Bukan Romeo Yg Awak Cari..

 ''Awak care saya, share segalanya dengan saya, bagi perhatian, kasih dan sayang awak pada saya, awak jadikan kan saya tempat bergurau, tempat bermanja, tempat bergaduh''. Wahai juliet sekiranya awak buat semua ini pada lelaki lain, lelaki itu pasti akan jatuh hati pada awak 100% saya percaya. Wahai juliet soalan awak yang saya masih belum jawap, awak tanya ''apa yang awak dah buat sampai saya berperasaan pada awak?''.. Jawapan tu sendiri yang awak bagi tahu pada saya. Sebab itu saya mengambil keputusan untuk jujur pada awak. Bila awak cakap yang kita tak sepatutnya berkawan, saya terus sebak, air mata saya mengalir. Seumur hidup saya tidak pernah menangis kerana wanita. Umur telah mematang kan saya. Saya terima awak seadanya. Walaupun siapa awak sebelum ni. Saya tahu saya tidak layak buat awak juliet. Saya tahu siapa saya sebelum ini. Agak ramai yang terkejut kenapa saya botakkan kepala, ramai yang pelik bila tengok saya pergi surau, saya tahu semua tu. Saya bukan orang yang baik sedangkan kawan saya sendiri pun terkejut bila saya sembahyang awak tau. Sebab tu saya cakap dengan awak saya seorang yang jahat. Terima Kasih sebab awak selalu temankan saya makan, terima kasih sebab sudi keluar dengan saya.

Terima kasih sebab merindukan saya..

Sunday 22 January 2012

Gila..

 Dengan bantuan kawan baik saya, akhirnya saya dapat berkenalan dengan dia, saya tak tahu kenapa hati ini selalu meronta-ronta mahu berkenalan dengan dia. Selama dia berkerja di tempat saya, saya tidak pernah tahu kehadiran dia. Setelah hampir 2 minggu saya mengenali dirinya, dia adalah ciri-ciri wanita idaman saya. Dia caring saya suka cara dia yang suka bercerita, senyuman dia. Kadang-kadang terfikir saya dengan dia ibarat jauh panggang dari api haha.. Dia cantik di mata saya, manis..dan dia sangat baik dan peramah. Sedangkan saya seorang yang errr ..huhu. saya dah mula berperasaan dekat dia, saya dah mula jatuh cinta pada dia. Tapi saya tak tau apa perasaan dia pada saya. Walaupun baru kenal tapi kitaorang sangat rapat.. Bila tak jumpa satu hari, saya dah mula rasa rindu pada dia..Bila saya bersama dengan dia, bila dia disisi saya perasaan cinta dan sayang saya pada dia sangat kuat. Saya seorang yang tak gentleman saya tak pandai nak meluahkan perasaan dekat seseorang, itulah kebodohan yang ada pada diri saya. Saya tak banyak berpengalaman dalam percintaan, Kalaulah si dia tahu yang saya tulis ni tentang perasaan saya pada dia, mesti dia tak nak lagi jumpa saya. Atau mungkin dia bencikan saya...lalalala..hurmm

Wednesday 18 January 2012

Hey! hoii!, woiii!, oitt!, Assalammualaikum 2012

 Assalammuaikum, hye urmm selamat tahun baru walaupun dah nak masuk pertengahan januari 2012, agak buzy lah so tak rajin nak update blog. Dah masuk tahun baru ofcourse nak story pasal azam kan. Ok urmm azam aku yang last year aku bawak ke tahun baru ni. Still nak naik kan berat badan haha kurus ok, nak dapat kan 65kg bukan main payah, so i try my best untuk dapatkan berat yang ideal tu, lagi azam tahun ni juga aku nak jadi yang lebih matang, yang lebih baik dari sebelum ni nak jadi manusia yang berguna, taat kepada perintah Allah walaupun aku selalu tinggalkan solat, so pada tahun ni aku tak nak bawa Helmi Abdul Halim yang dulu, yang nakal, yang jahat, yang suka berfoya-foya dan aku tak nak sejarah hitam aku yang dulu, aku nak buang jauh-jauh. Aku banyak buat dosa, aku tak pernah fikir dosa, selalu enjoy ikutkan nafsu. Pada tahun ni aku dah niat untuk berubah Alhamdulillah semua berjalan dengan baik walaupun bukan 100% tapi apa yang aku harapkan agar aku dapat buang Helmi Abdul Halim yang dulu.. Alhamdulillah semuanya ok!..

Wednesday 26 October 2011

Alhamdulillah

Alhamdulillah hari ini dah kurang sakit dari semalam, sakit kepala pun dah kurang dan beransur pulih. Thanks to kawan-kawan yang take care saya haha.. Saya sudah sihat dan boleh kembali berkerja seperti biasa. To someone thanks sebab sudi ambil berat dan sanggup datang nak melawat saya menghargai sangat-sangat. Nanti kita boleh hangout karaoke dengan tengok wayang sama-sama lagi.. lupa pulak buat orang tu thanks sangat-sangat sebab belanja makan malam tu buat susah-susah je saya yang ajak awak keluar patutnya saya yang belanja awak. Tapi memang seronok sangat-sangat sebab dah lama tak jumpa. Urmm lepas ni saya akan jarang on9 dan update blog sebab saya kena fokus dengan kerja.. Terima kasih kepada mereka yang follow blog saya yang tak seberapa ni.