Sunday 22 January 2012

Gila..

 Dengan bantuan kawan baik saya, akhirnya saya dapat berkenalan dengan dia, saya tak tahu kenapa hati ini selalu meronta-ronta mahu berkenalan dengan dia. Selama dia berkerja di tempat saya, saya tidak pernah tahu kehadiran dia. Setelah hampir 2 minggu saya mengenali dirinya, dia adalah ciri-ciri wanita idaman saya. Dia caring saya suka cara dia yang suka bercerita, senyuman dia. Kadang-kadang terfikir saya dengan dia ibarat jauh panggang dari api haha.. Dia cantik di mata saya, manis..dan dia sangat baik dan peramah. Sedangkan saya seorang yang errr ..huhu. saya dah mula berperasaan dekat dia, saya dah mula jatuh cinta pada dia. Tapi saya tak tau apa perasaan dia pada saya. Walaupun baru kenal tapi kitaorang sangat rapat.. Bila tak jumpa satu hari, saya dah mula rasa rindu pada dia..Bila saya bersama dengan dia, bila dia disisi saya perasaan cinta dan sayang saya pada dia sangat kuat. Saya seorang yang tak gentleman saya tak pandai nak meluahkan perasaan dekat seseorang, itulah kebodohan yang ada pada diri saya. Saya tak banyak berpengalaman dalam percintaan, Kalaulah si dia tahu yang saya tulis ni tentang perasaan saya pada dia, mesti dia tak nak lagi jumpa saya. Atau mungkin dia bencikan saya...lalalala..hurmm

No comments:

Post a Comment